********************************************
"Cinta adalah " Alur Kehidupan " mengalir bagaikan air menghiasi
Kehidupan Hati dan Perasaan. Biarkan Cinta datang dan menghampiri hati
dengan sayap-sayap asmarah nya. cinta akan selalu ada di hati dan hati
akan selalu di isi dengan cinta"
********************************************
"Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniannya."
********************************************
"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh
menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita
menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat."
********************************************
"Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya"
********************************************
"Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seseorang.
ibaratkan seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu
mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari."
********************************************
"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekrang, Dan bukan siapa dia sebelumnya"
********************************************
"Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tidak seorang pun pandai
menilai cinta. kerana cinta bukanlah suatu objek yang biasa dilihat oleh
mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan
perasaan."
********************************************
"Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang kamu cintai menjadi
dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu
inginkan. Jika tidak kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang
kamu temui didalam dirinya."
********************************************
"Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia
dapat menilai kesuciannya.."
********************************************
Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan
wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana
kekayaan pasti musnah.
********************************************
Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum
kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.
Semoga anda menemukan orang seperti itu.
********************************************
Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati
menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga
anda bermimpikan orang seperti itu.
********************************************
Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda
bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup
untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk
membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.
********************************************
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.
********************************************
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda
bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda
meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya.
********************************************
Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki
sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum
pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya.
********************************************
Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu
menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
********************************************
Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi
perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
********************************************
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama
membekas.
********************************************
Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya
sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika
tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam
dirinya.
********************************************
Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang
hadir dalam hidupnya.
********************************************
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang
salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
********************************************
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti
hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai
betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda.
********************************************
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu
seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada
akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya.
********************************************
Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.
********************************************
Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah
dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah
dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti
hatinya.
********************************************
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri
anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak
pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya.
********************************************
Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang
dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak
melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.
********************************************
Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba,
jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda
tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.
********************************************
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk
menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi
diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang
********************************************
"Salahkah aku jika cemburu, salahkah aku kerana merajuk, salahkah aku
kerana marah? Semua perasaan itu bukan aku yang pinta, tetapi kerana aku
mencintaimu…” ~ Benji (Mencintaimu)
“Benarkah..bila kita jatuh
cinta kita telah memberi hak kepada dia untuk melukakan kita?..” ~
Nyanyian Tanjung Sepi - Noor Suraya
“Laksana jentayu menanti hujan, hanya terdaya bernafas dengan kehadiranmu..” ~ Kau Laksana Bulan - Aina Emir
“Letakkan
cintaku dalam hatimu..hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang
kian parah..” ~ Hati Yang Luka - Norhayati Berahim.
“Bila takdir mengatasi tadbir, kita akan bertemu” ~ Badai Semalam, Khadijah Hashim
“Hatiku
dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu dan setitis haruman kasihku
mewangi tanpa sedar..” ~ Kasih Seharum Lavender- Eita Ashyta
“Tak usah diucap, tak usah dilafaz, aku dah mengerti bahasa cintamu ” ~ Adam & Hawa - Aisya Sofea
“Bila
kamu sukakan seseorang, kamu sukakannya tanpa sebarang kekurangan. Bila
kamu menyintai seseorang, kamu menyintainya dengan kekurangan.” ~ Atas
Nama Cinta - Bikash Nur Idris
” Persahabatan dan Percintaan ibarat dua batang sungai yang bersatu di muara” ~ Percayalah - Ruby Hazri
” Cinta itu bukan jalinan dua hati tetapi paduan dua jiwa ” ~ Tiada Noktah Cinta
“Ketuklah pintu hatiku dan aku sedia membukanya ” ~ Nota Cinta Buatmu - Norhayati Berahim
“Andai
cinta itu bukan milik kita….aku relakan engkau pergi. Namun, jika
engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku….jangan biarkan aku
ditinggal sepi” ~ Tanpamu disisi - Puteri Andalas
“Nilai sebuah
rasa bukan hanya sekadar memiliki jasadnya, tetapi nilai itu lebih
berharga andai dapat memenangi hatinya dengan penuh keikhlasan” ~ Rindu
Saliha - Anita Abdullah
“Ku cari…Cinta yang tak pernah melukai…Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati..” ~ Dan Mimpi Pun Bersatu - Izza Aripin
“Apabila kesusahan dan kemiskinan mengetuk pintu…. cinta lari melalui tingkap” ~ Manisnya Cinta - Ani Ayuni
“Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai” ~ Gemersik Kalbu - Anis Ayuni
“Cinta adalah semangat buta.” ~ Karamnya Kapal Var Deck.
“Usah
sangka kereta paling mahal tidak memberikan masalah, ada kala ia
meragam juga. Usah sangka orang yang seba kekurangan itu tidak
membahagiakan, adakala ia lebih mengerti” ~ Atas Nama Cinta - Lily
Suriani
“Jangan kerana guruh bergempita, air ditempayang kau keringkan…
Jangan kerana pelangi yang indah, lampu dikamar kau matikan..
Jangan kerana kerlipan kaca, zamrud ditangan kau lemparkan…
Jangan kerana buih yang indah, bumi yang nyata kau tinggalkan….” ~ Boneka - Abdul Rahim Awang
Kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Postingan Populer
-
Kita bisa melihat gambar di atas, setiap garis yang tergoreskan memiliki makna tersendiri, tapi ini hanya salah satu indikator da...
-
******************************************** "Cinta adalah " Alur Kehidupan " mengalir bagaikan air menghiasi Kehidupan Hati...
0 komentar:
Posting Komentar